Tujuan dan fungsi seni halus adalah untuk merakamkan perkara seperti penemuan, pengalaman, perasaan, cita rasa dan kepercayaan.
Rekaan seni halus dibahagi kepada dua jenis, iaitu dua dimensi (2D), dan tiga dimensi (3D). Lukisan, catan, cetakan dan mural merupakan rekaan jenis 2D, manakala arca binaan merupakan rekaan jenis 3D.
Rekaan seni halus biasanya diperagakan di tempat-tempat seperti balai seni atau galeri, ruang legar, dewan, taman dan di tempat lain yang sesuai. Tempat-tempat peragaan ini biasanya mementingkan cara-cara peragaan seperti penggunaan cahaya, kedudukan, tema dan suasana.